UtusanDaily

Thursday 21 November 2013

Tuhan Harun dicari di Pahang, ditahan di Johor



Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSLI HASSAN
berita@kosmo.com.my
 Harun Mat Saat
JOHOR BAHRU – Pencarian polis terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek berakhir apabila dia ditahan semalam.

Harun Mat Saat, 47, ditahan pada pukul 3.30 petang selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak dekat Ledang. Turut ditahan di dalam rumah itu, seorang wanita, Azida Mohd. Zol, 30, dipercayai isteri Harun.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, polis menahan seorang lelaki, Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak. Pemuda itu sebelum ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Selain kes bunuh tersebut, Harun bersama pengikutnya turut dikehendaki oleh JAIP selepas mereka gagal hadir buat kali kedua untuk sebutan semula kes bagi 11 pertuduhan menyebarkan ajaran sesat di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2lE9O84ha
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive