KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang telah diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Keputusan itu secara langsung menjadikan Zed Zaidi bukan lagi Presiden persatuan itu.
Dalam satu laporan berita tempatan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan, Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Manurut saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar Omar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir sebagai defendan pertama hingga empat.
Zed, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.
Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada SENIMAN dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan.
Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.
Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Zed memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai keputusan Mahkamah Tinggi itu .
Zed turut menolak untuk memberikan sebarang reaksi mengenainya kerana baru pulang bercuti di Bangkok, Thailand.
“Saya tidak tahu tentang perkara ini dan tidak dapat memberikan apa-apa komen kerana baru pulang dari bercuti” ujarnya.
“Jika saya ada maklumat berkaitan perkara tersebut, saya akan menghubungi pihak media” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment