stress

KUALA LUMPUR - Regus, penyedia tempat kerja global berkata hampir 70 peratus daripada pekerja Malaysia melihat lebih banyak penyakit berkaitan tekanan sejak kegawatan ekonomi global.

Satu kaji selidik yang dikendalikan oleh syarikat itu mendedahkan bahawa penyakit berkaitan tekanan boleh memburukkan atau menyebabkan pelbagai penyakit lain daripada obesiti hinggalah kepada penyakit jantung, penyakit Alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrousus dan asma.

Kaji selidik itu yang mendapatkan pandangan 20,000 eksekutif kanan dan pemilik perniagaan di 95 negara, juga mendedahkan bahawa 48 peratus daripada responden Malaysia merasakan tahap tekanan mereka telah meningkat dan lebih 42 peratus melaporkan mereka kurang tidur disebabkan kebimbangan kerja.

Bagaimanapun, Regus dalam satu kenyataan berkata, perniagaan boleh membantu mengubah aliran ini apabila pekerja mengenal pasti waktu bekerja fleksibel sebagai penting bagi membantu mengurangkan tekanan berkaitan kerja. - Bernama