UtusanDaily

Tuesday, 19 November 2013

Top 5 - Tempat paling berhantu di Malaysia?


Apabila misteri Villa Nabila riuh di laman sosial dan blog, maka ada yang mencari alternatif menyenaraikan 5 tempat paling berhantu di Malaysia seperti di blog ini. Berikut 5 tempat yang disenaraikan.

1. Highland Tower

Salah satu blok Highland Tower yang terletak Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor runtuh pada 11 Mac 1993. Korban Highland Tower seramai 48 orang. Sejurus selepas kejadian 2 lagi blok dikosongkan. Ada versi yang mengatakan terdapat lebih 48 mangsa dan terkubur di kawasan tersebut menyebabkan ianya dikatakan berhantu.

2. Banglo Mona Fandey

Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail popular pada awal 90-an kerana kes pembunuhan ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui dipotong-potong tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo yang terletak di Pahang. Mona dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Sebagai tambahan, rumah yang pernah disewa Mona Fandey di Pengadang Baru, Kuala Terengganu terbiar sehingga kini. Kasihan tuan rumah kerana orang tak mahu lagi menyewa setelah tersebar cerita Mona Fandey.

3. Kemayan Hall

Kemayan City Mall yang terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang dapat diselongkar tentang latar belakang bangunan ini namun yang selalu kami didengari, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah?

4. Lebuhraya Karak

Cerita seram tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?

5. Villa Nabila

Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Takzim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive