UtusanDaily

Saturday 9 November 2013

Bekas setiausaha akhbar Dr Mahathir bantu selesai kes penculikan kanak-kanak di Bangsar


November 09, 2013


Kejadian penculikan kanak-kanak, Freddie Joseph berakhir dengan selamat.Kejadian penculikan kanak-kanak, Freddie Joseph berakhir dengan selamat.

Seorang bekas setiausaha akhbar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad telah memainkan peranan penting dalam menyelamatkan bayi berusia 20 bulan, Freddie Joseph yang diculik di hadapan ibunya di Bangsar semalam.

Datuk Zakaria Abdul Wahab sedang berjoging di Tasik Titiwangsa pagi ini apabila terlihat kekecohan berhampiran tandas kira-kira jam 12:40 petang.

"Saya pergi ke sana dan melihat dua lelaki dan seorang wanita dengan seorang bayi Caucasian. Mereka memberitahu saya mereka menjumpai bayi berkenaan di tepi jalan di taman dan mendukung untuk memujuknya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Zakaria, yang kini adalah Timbalan Ketua Editor Bernama berkata, ketika itu ada satu majlis sedang berlangsung di taman dan cuba mencari ibu bapa kanak-kanak itu tanpa menyedari bahawa ia adalah Freddie yang telah diambil dari rumahnya di Bangsar semalam.

Kedua-dua lelaki, seorang pemandu lori dan pemandu bas memutuskan untuk menghubungi polis selepas gagal mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan di taman.

Mereka kemudian meminta wanita berkenaan menjaga kanak-kanak itu sementara meminta bantuan daripada pihak polis.

Sambil melihat dengan lebih dekat wajah kanak-kanak itu, naluri Zakaria memberitahu bahawa itu berkemungkinan kanak-kanak yang diculik di Bangsar.

"Pada ketika ini, saya menelefon pejabat dan menghantar mereka gambar kanak-kanak itu. Mereka kemudian mengesahkan bahawa kanak-kanak itu adalah Freddie," katanya sambil menambah bahawa Bernama kemudian menghubungi polis.

Zakaria berkata polis tiba dengan cepat kerana mereka sentiasa mempunyai dua anggota polis yang bertugas di taman.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang semalam apabila Freddie diculik di hadapan rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata bahawa ibu Freddie, Sarah Joseph, 38, masuk ke rumah setelah mendengar bunyi bising dan meninggalkan anaknya di anjung depan.

Malangnya sebaik sahaja keluar, dia melihat seorang lelaki mengambil anaknya dan terus menjerit meminta pertolongan. Dalam kejadian pergelutan, Sarah telah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Satu sumber polis memberitahu bahawa seorang jiran cuba untuk membantu tetapi terpaksa berundur apabila seorang suspek lelaki tiba-tiba menghunus sebilah pisau.

Kedua-dua suspek melarikan diri dalam Toyota Camry putih bersama-sama dengan Freddie.

Polis pagi ini mencari petunjuk dalam kejadian itu. Mereka melihat kemungkinan bahawa butang hitam ditemui di mana kereta penculik diletakkan berhampiran rumah adalah milik penculik itu .

Difahamkan bahawa Sarah mengajar Bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di Taman Tun Dr Ismail. Teman lelakinya yang juga bapa Freddie, seorang warga Filipina sedang bekerja di luar negara.

Dia tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Terasek 7 bersama Freddie dan seorang pembantu rumah Filipina.

Polis sedang menyiasat kemungkinan bahawa penculikan mungkin kerana masalah peribadi Sarah dan mungkin mengenali suspek berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. - 9 November, 2013.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive