Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan sepucuk pistol dan tujuh butir peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia Ahad lepas, bukan milik anggota pasukan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol dari mana-mana anggota keselamatan yang bertugas ketika berlangsungnya perlawanan antara pasukan Pahang dan Kelantan.
"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan berhubung penemuan pistol dan tujuh butir peluru itu. Kita juga tidak menerima sebarang laporan kehilangan pistol itu daripada mana-mana anggota keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan," katanya.
Mohd Adnan berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk motif pistol itu dibawa masuk ke dalam stadium oleh pemiliknya.
Akhbar semalam melaporkan penemuan sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh peluru dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas. - Bernama, 6 November,
No comments:
Post a Comment