UtusanDaily

Sunday, 10 November 2013

Penyakit misteri hanya disebabkan oleh Kutu Babi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOiNnjD45dL6U4j01NR66VTbVU1WI9LCsl1qSKBp7cKIXftZQ0BdaHdKmL8t-l0ZBMlw3MZRPS4QeLRClkhWXTrssWQ8mv0xnmJHJw-Igfl_38RXxelYi4goX4JWz64G9deR4abXbnsOA/s400/kutu+babi.jpgSeorang wanita di England, mengalami satu penyakit yang dianggap misteri, yang tidak dapat dikesan oleh doctor, yang menyebabkan dirinya merasakan lemah seperti orang tua, rupanya menjadi mangsa kutu babi selama 20 tahun.

Sebelum ini Adelle Huckins, 31, sering mengadu sakit kepala yang kuat yang disangka migraine, berasa letih melampau, dan merasa sakit seluruh tubuh.

Namun akhirnya doctor mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme, yang dijangkiti dari bakteria Borrelia burgdorfer yang dibawa oleh kutu babi. Apabila parasit kecil ini menghisap darah, ia akan menyebarkan bakteria itu.

Penyakit Lyme menjadikan pesakit mengalami lemah sistem daya tahannya, keletihan melampau, sakit kepala dan sakit sendi. Jika dibiarkan, ia menyerang otak dan menyebabkan lumpuh dan boleh membawa maut.

Penyakit ini bermula apabila beliau melawat Jerman pada 1991, ketika berusia 11 tahun. Pada mulanya, gigitan kutu babi pada kakinya menyebabkan ruam di kaki, tetapi beliau menyangka ia perkara biasa.

Sejak kembali daripada Jerman, kesihatan beliau semakin merosot, tetapi pakar perubatan tidak memberikan diagnosis penyakitnya dengan tepat. Doktor sering mengaitkan masalahnya dengan penyakit lain.

Selama beberapa tahun pakar perubatan masih tidak dapat mencari punca sebenarnya sehingga doctor menjalankan pemeriksaan rapi dan mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme.

Sekarang Adelle Huckins merasa sihat dan segar apabila telah dirawat sepenuhnya dengan antibiotic.

Pengajaran dari kisah ini ialah jangan mudah berputus asa. Teruskan mendapatkan rawatan yang betul, kerana penyakit akan sembuh jika diketahui punya penyakit dengan tepat.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.


Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive