UtusanDaily

Wednesday, 3 September 2014

Lisa Surihani teruja dipeluk "K"

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Ada dua kegembiraan yang dilalui aktres popular, Lisa Surihani baru-baru ini. Satu daripadanya ialah berpeluang mewawancara pelakon Bollywood pujaannya, Kajol yang berkunjung ke Malaysia untuk majlis pelancaran saluran baharu Astro, BollyOne HD (saluran 251).

Kedua, impiannya untuk berlakon dengan produksi teater milik Datin Seri Tiara Jacquelina akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan membintangi pementasan teater muzikal P Ramlee musim ketiga membawakan watak Junaidah.

Lisa yang dihubungi BH Online mengakui cukup teruja dan terharu dengan dua pengalaman indah itu.

"Ketika acara pelancaran saluran baharu BollyOne HD itu saya diberi mandat untuk menemubual Kajol sebanyak 10 soalan di pertengahan majlis itu. Kajol menjadi tetamu khas kepada saluran berkenan.

"Antara soalan yang saya ajukan ialah perasan dan tanggapannya terhadap Malaysia, penggunaan media sosial selain perkembangan terbaharu. Malah saya juga memberanikan diri meminta izin untuk dia memeluk saya dan dia tergelak dan dengan spontan memeluk saya di atas pentas yang disaksikan tetamu serta rakan media.

"Awal Ashaari yang menjadi pengacara majlis utama turut mencuri kesempatan untuk mengajak kami berdua berselfie," kata isteri kepada Yusry Abdul Halim itu.

Bagi Lisa, peluang menemuramah Kajol itu sangat berharga buat dirinya. Malah selepas temubual itu, Lisa sekali lagi menemubual pelakon berkenaan untuk lima soalan secara spontan di dalam bilik berasingan.

Di dalam bilik itu, Lisa menyedari Kajol lebih santai berbanding atas pentas yang diperhatikan ramai tetamu. Kata Lisa lagi, beliau boleh bergelak dan sangat merendah diri. Cuma di atas pentas barangkali Kajol naik segan dan sedikit gementar menjadi tumpuan.

"Beliau antara pelakon Bollywood kegemaran saya dan sangat bersemangat mewarnai persada seni di sana. Apatah lagi beliau dilahirkan dalam keluarga seni. Saya sendiri secara peribadi suka cara dia mewarnakan watak yang diberikan. Dapat lihat keikhlasannya dalam setiap lakonan.

"Dia sangat jujur dengan kerja yang dilakukan. Dia pun sangat mengutamakan keluarga dan menghormati orang. Dia sempat berpesan kepada saya dengan memanjangkan nasihat ibunya yang sering dipegang sekian lama iaitu 'you cannot lie infront of the camera'," katanya.

Berbicara lanjut mengenai tawaran melakonkan watak Junaidah untuk teater muzikal P Ramlee, beliau berkata ia datang sekitar sebulan lalu daripada Tiara sendiri.

"Kalau yang mengikuti kerjaya seni, saya pernah cakap memang teringin untuk bekerjasama dengan produksi milik beliau terutamanya di pentas teater. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan juga akhirnya.

"Untuk watak Junaidah apa yang lebih ditekankan ialah nyanyian. Malah menariknya uji bakat saya banyak dilakukan Tiara menerusi khidmat aplikasi Whatsapp saja di mana saya banyak menghantar rakaman suara dan nyanyian untuk diteliti.

"Saya bukanlah penyanyi yang baik. Setakat suka-suka saja. Tapi beliau memuji saya dan baginya apa yang penting ialah teknik serta berjaya menyampaikan maksud dalam lagu yang didendangkan. Tapi saya perlu menjalani latihan mengasah bakat nyanyian untuk teater ini," katanya yang dalam hati masih tidak percaya tawaran itu datang daripada produksi yang diminati sekian lama.

Selain menyanyi, unsur tarian turut ditekankan bagi merealisasikan watak Junaidah.

"Pat Ibrahim selaku pengarah untuk teater ini nak tengok saya menari pula. Kebetulan saya sebelum ini ada terbabit dengan filem Sinaran yang memerlukan saya menari juga. Jadi saya menghantarnya rakaman video saya menari untuk filem berkenaan," katanya.

Teater muzikal P Ramlee ini turut akan menampilkan Tiara Jacquelina, Tony Eusoff dan Nadia Aqilah. Ia akan dipentaskan pada 3 hingga 13 Oktober depan di Panggung Sari Istana Budaya. Untuk tempahan tiket dan info lanjut boleh layari www.tickethotline.com.my atau www.facebook.com/PRamleeMusical.

"Sesi latihan akan bermula hujung bulan ini," katanya ringkas.

Mengenai sisi peribadi, Lisa terus bahagia bersama Yusry.

"Alhamdulillah semua ok. Yusry sekarang ini pun sedang sibuk untuk pos produksi filem Cicakman 3. Saya pula akan sibuk dengan latihan teater," katanya yang mempunyai ramai pengikut di laman Twitter.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive