UtusanDaily

Thursday 17 July 2014

Program kuasai al-Quran dalam masa 7 jam



BESUT - Umat Islam di Melaka khususnya berpeluang mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan mudah menerusi program 'Jom Menguasai al-Quran Dalam Masa Tujuh Jam' di Masjid Al-Azim, Melaka, Sabtu ini.

Program itu yang akan dibimbing oleh pencipta kaedah 'Haraki Membaca al-Quran', Zakaria Din@Nasiruddin bermula 8.30 pagi dan terbuka untuk semua peringkat usia.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Zakaria berkata menerusi kaedah haraki, umat Islam berpeluang belajar al-Quran dengan mudah.

"Menerusi kaedah ini yang mengambil masa tujuh jam sahaja, insya-Allah orang yang tidak pandai atau tidak pernah membaca al-Quran juga dapat menguasainya," kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu.

Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk menyertai program itu boleh mendaftar di Masjid Al-Azim atau melalui laman Facebook Kelas al-Quran Haraki.

Jika mendaftar seorang akan dikenakan bayaran RM50, namun jika bertiga tidak akan dikenakan sebarang bayaran, katanya menambah umat Islam juga boleh mempelajari kaedah itu menerusi blog kelasquran7.blogspot.com.

Inovasi Zakaria itu menerima dua anugerah Pingat Emas iaitu pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-kanak di IPG Sultan Mizan di sini tahun lalu serta Ekspo Pendidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi). - Bernama

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive