Ukraine Tersalah Tembak MH17 !
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat
IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada
jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang
sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal
berbanding IL-96.
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu
sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil
ke Russia.
IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir
Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke
Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang
membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik
yang sama.
“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at
the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m
echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there
at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” -
Menurut sumber berkenaan.
Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya
struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini
mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.
Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu
Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine
dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan
"surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.
MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.
Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam
kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan
Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang
melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja
yang melintasi ruang udara mereka.
Menjadi persoalan utama kepada kita semua,
MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???
Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa
kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat
Malaysia.
Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di
Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia,
mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370,
kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang
diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala
di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.
Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh
ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala
kemelut yang sedang melanda kita ini.
Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.
Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita
setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad
Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.
Sekian.
-bradokapak-
Penganalsia Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
-bradokapak-
Penganalsia Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
No comments:
Post a Comment