'Semburan ajaib' pertama kali digunakan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia.
DIBESARKAN dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi
muflis, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk kembali menjadi
jutawan setelah ‘semburan ajaib’ yang digunakan oleh pengadil ketika
menjaga perlawanan, mendapat reaksi positif dari seluruh dunia.
Semburan buih yang terhapus selepas 60 saat itu dijangka digunakan di
seluruh dunia dan sedang dipertimbangkan oleh pihak Liga Perdana
Inggeris (EPL).
Malah, Heine juga sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo, baru-baru ini.
Beliau berkata, semburan yang digunakan di perlawanan itu adalah 'saat
ajaib' dan beliau telah menghabiskan masa 14 tahun dalam hidupnya khusus
untuk idea ini.
"Selepas pengadil menggunakannya, saya mula menerima mesej dari keluarga dan rakan-rakan.
"Saya sangat teruja. Saya tidak gila, ia sangat berbaloi," katanya.
Hanie berkata, beliau kini bersedia untuk menjadi jutawan sekiranya ciptaannya itu akan digunakan di seluruh dunia.
"Saya berharap apa sahaja keuntungan dapat memberi kepuasan setelah 14
tahun saya berjuang. Saya membayar dengan harga yang tinggi.
"Saya memilih untuk tidak melihat anak membesar supaya dapat fokus membuat kerja ini.
"Dan yang paling penting, saya mahu menyumbang kepada bola sepak dengan
memiliki alat yang dapat membantu tugas pengadil," katanya.
Semburan itu bertujuan untuk menjarakkan benteng pertahanan (9.15 meter) daripada bola ketika tendangan percuma dilakukan.
No comments:
Post a Comment