Selera jijik suami
Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih
teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa
deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan
seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu,
si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang
sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya
turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga
sepupu lelaki itu.
“Selepas itu dia (suami) pula melakukan
hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian
Metro, di sini, semalam.
Nora (kanan)
Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis
Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun
serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment