Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa
Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar.
- Foto Ihsan myMetro Oleh Hafizudin Mohd Safar
KANGAR - Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil
melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas
dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19
tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun
apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15
tahun.
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit
merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan
seksnya.
Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas
dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama
Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak
mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan
ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula
kes ialah pada 10 Februari ini.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.
No comments:
Post a Comment