Sekadar gambar hiasan.
SHAH ALAM - Perokok bakal berdepan dengan kanser paru-paru jika tidak mengambil langkah awal menghentikan amalan itu.
Pakar perubatan keluarga, Dr Razana Zakaria berkata, bukan sahaja bakal
berdepan kanser bahkan pelbagai penyakit lain juga akan menanti mereka
kerana bahan yang terkandung di dalam puntung rokok.
“Kesannya juga bukan kepada perokok tetapi orang sekelilingnya akan
menerima penyakit. Tembakau boleh memudaratkan setiap organ badan yang
memberi kesan kepada jantung, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain,”
katanya.
Katanya, sikap degil perokok tidak mahu berhenti hanya akan merugikan
mereka bukan sahaja perlu berdepan penyakit, bahkan perlu mengeluarkan
belanja membelinya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan dakwaan terdapat darah
babi dalam puntung rokok, beliau bagaimanapun berkata, setakat ini masih
tiada kajian berkenaan perkara itu.
“Kita tidak pula membuat analisis berhubung perkara itu, mungkin di
negara lain pernah buat. Saya pun tidak tahu mengenai perkara itu,”
katanya.
No comments:
Post a Comment