Bahagian
bawah badan kapal terbang yang robek dilanggar kenderaan bagasi
di
Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - Foto dipetik The Sun
SHAH ALAM – Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800
mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang.
Dalam pada itu, pihak MAS yang turut mengesahkan kejadian tersebut.
MAS turut berkata, insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat.
Menurut MAS lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.
“Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
“Kesemua penumpang yang dijadualkan menaiki pesawat tersebut telah
dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan penerbangan mereka,”
katanya dalam sebuah kenyataan.
No comments:
Post a Comment