UtusanDaily

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Sunday, 19 January 2014

Proton Suprima S Super Premium dilancar dengan ciri lebih 'sporty'

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.nst.com.my/w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.465292.1390029414!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg.pagespeed.ce.C15oFU-hpq.jpg

Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta cirri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.

"Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas," katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut.

http://i1022.photobucket.com/albums/af347/geartinggimedia/Proton%20Suprima%20S%20Super%20Premium/ProtonSuprimaSSuperPremium201403.jpg
http://s4.paultan.org/image/2014/01/SuprimaSP03-630x354.jpg



Monday, 9 December 2013

Mangsa banjir di Pahang dan Kelantan semakin menurun


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan dari 118 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.

Di Pekan pula, terdapat 3,180 mangsa di 34 pusat pemindahan, Temerloh (1,132 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (920 di 17 pusat), Jerantut (570 di 11 pusat), Bera (217 di tujuh pusat), Raub (137 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).

Namun, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial), katanya kepada Bernama hari ini.

Di KOTA BAHARU, mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat menurun kepada 99 orang berbanding 139 orang pada malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata seramai 94 orang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di Pasir Mas dan hanya lima orang pula berada di pusat pemindahan Pengkalan Kubor di Tumpat.

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menyusut kepada paras amaran 8.68 meter (amaran 8 meter/bahaya 9 meter).

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu kekal dengan 22,617 orang daripada 5,582 keluarga.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kemaman mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 19,869 orang (4,901 keluarga), Dungun dengan 2,719 orang daripada 672 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga dan Marang 28 orang daripada lapan keluarga.

Keadaan banjir Hulu Terengganu dan Setiu juga sudah reda.

Sehingga 9 pagi ini, sebanyak 48 pusat pemindahan iaitu tujuh di Dungun, 39 di Kemaman, satu di Kuala Terengganu dan satu di Marang masih beroperasi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa pagi ini. - Bernama

Friday, 6 December 2013

Ke mana perginya buah-buahan berkualiti kita?

DEAN DEEN
Petaling Jaya

CADANGAN untuk menubuhkan Food and Agro Council for Export (FACE) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sesi pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini amat dialu-alukan.

Konsep dari ladang ke pasaran eksport ini jelas dapat meningkatkan pendapatan petani dan pekebun apabila hasil keluaran mereka seperti buah-buahan dapat dipasarkan ke luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pulangan tinggi.

Permintaan buah-buahan tropika seperti betik, jambu batu dan belimbing dari luar negara sememangnya tinggi terutama dari China dan Asia Barat yang mempunyai bilangan pengguna yang ramai.

Tidak hairanlah pihak kerajaan melalui Bajet 2014 telah memperuntukkan RM6 bilion ke atas sektor pertanian bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian terutamanya buah-buahan bagi tujuan eksport yang dapat meningkatkan tahap pendapatan petani dan peladang.

Persoalannya di sini adakah bekalan buah-buahan tempatan seperti betik, belimbing dan jambu batu mencukupi bagi memenuhi permintaan tersebut?

Bagaimana pula kita dapat memenuhi permintaan dalam negeri jika tumpuan hanya diberikan kepada permintaan luar negara yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi sedangkan bekalan yang sedia ada masih dalam kuantiti yang sama?

Kekurangan bekalan buah-buahan tropika seperti betik, jambu batu (tiada biji) dan belimbing madu di pasaran tempatan semakin ketara lantaran keghairahan kita mengeksport buah-buahan tersebut ke luar negara. Jika ada sekali pun hanya buah-buahan yang berkualiti rendah yang sudah pastinya tidak dapat memenuhi keperluan pengguna terutama bagi mereka yang mementingkan kualiti.

Kesan sampingan dari kekurangan tersebut menyebabkan pasaran tempatan dibanjiri oleh buah-buahan tropika dari Thailand yang tahap keselamatannya masih diragui.

Ketiadaan pilihan dan kekurangan maklumat mengenai kualiti buah-buahan tersebut menyebabkan pengguna berterusan membelinya tanpa menghiraukan tahap keselamatan serta merasa berpatutan apabila harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari buah tempatan.

Bagi menjayakan projek FACE seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kita perlu menambah hasil keluaran dengan membuka lebih banyak tanah pertanian bagi menampung keperluan dalam dan luar negara.

Kita tidak mahu lagi menikmati buah-buahan dari negara jiran sedangkan kita berupaya mengeluarkannya sendiri kerana faktor kesesuaian tanah dan iklim yang sama. Jangan nanti kita dihidangkan dengan buah-buahan dari negara jiran sedangkan buah-buahan yang dihasilkan sendiri dijual keluar negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131126/fo_03/Ke-mana-perginya-buah-buahan-berkualiti-kita#ixzz2mgOk6KYf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 27 November 2013

10 Lokasi Harta Karun Paling Menakjubkan di Dunia

10. Yamashita Treasure, Philipines
Harta karun Yamashita, adalah harta yang dijarah oleh pasukan Jepun pada Perang Dunia II, Lokasi ini berada di sebuah Teluk di Filipina, Banyak yang percaya akan adanya harta ditempat ini, tetapi kerana medannya telah berubah, harta ini semakin sukar untuk dicari.



9. VOC Treasure, Indonesia

Misteri harta karun VOC di Pulau Onrust memang mengundang perhatian ramai orang. kerana kononnya, jumlah harta ini dapat melunaskan semua hutang Indonesia .

Pulau Onrust terletak di teluk Jakarta. 3 jam dari Muara Karang dengan menggunakan kapal motor, tempat ini pada zaman Belanda dulu memang tempat yang paling sibuk, tempat masuknya kapal setelah menjajah kota-kota lain di Indonesia. Mitos harta karun VOC di pulau Onrust itu bermula dari keganjilan sejarah, bagaimana sebuah institusi dagang sebesar dan sekuat VOC tiba-tiba bangkrap.

8. Treasure of Lima, Peru

Pada tahun 1820, di Lima (ibukota Peru) sedang terjadi perang revolusi. Untuk berjaga-jaga, pemerintah kota Lima memutuskan untuk memindahkan harta kekayaan kota itu ke Mexico. Harta benda tersebut meliputi batu-batu permata berharga, tempat-tempat lilin dan dua buah patung Maria sedang menggendong Yesus seukuran manusia. Secara keseluruhan, harta itu dianggarkan bernilai U$60 juta yang diangkut menggunakan 11 kapal dan dikemudikan oleh Kapten William Thompson. Namun sayangnya harta itu dilarikan oleh William Thompson dan menyembunyikannya di Kepulauan Cocos. Sampai sekarang harta karun itu tidak pernah ditemui lagi.

Semenjak itu sudah lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan, namun gagal. Akhir-akhir ini muncul teori bahawa sebenarnya harta tersebut tidak disembunyikan di Kepulauan Cocos, melainkan di sebuah pulau tak dikenali  di Amerika Tengah.


7. The Ark of The Convenant (Perjanjian Tabut ), Jerusalem

Perjanjian Tabut didalam Alkitab adalah sebuah wadah yang terbuat dari emas yang bertuliskan “10 Perintah Tuhan” selain itu kononnya tongkat Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.
gambar ini hanyalah sebuah replika.

6. Pharaohs’ Missing Treasure, Egypt

Pada tahun 1922, Howard Carter menemui makan Tutankhamen di Lembah Para Raja (Valley of the Kings), Mesir, dia terpesona oleh kemegahan artifak-artifak yang terdapat di makam raja muda itu.
Di sekitar makan  tersebut terdapat banyak sekali batu-batu permata serta artifak-artifak lain. 

Namun, ketika penggalian makam-makan Fir’aun lainnya di akhir abad ke 19 ditemukan kenyataan bahawa makam-makam tersebut dalam keadaan kosong.

Hampir semua orang sudah tahu bahawa para perompak makam telah menjalankan aksinya selama berabad-abad yang lalu. Namun apabila mereka sampai menggasak habis harta para Fir-aun tersebut, maka hal itu sangat keterlaluan. Pertanyaan selanjutnya: di manakah harta para Fir’aun tersebut disembunyikan? 
Beberapa pakar percaya bahwa harta tersebut sebenarnya sengaja diambil oleh para pendeta yang melakukan pemakaman atas dinasti Raja-Raja Mesir yang ke 20 dan ke 21 (tahun 425-343 SM) di Lembah Para Raja.
Fir’aun-Fir’aun di masa itu kononnya tidak melarang untuk mengambil harta yang ada di makam nenek moyang mereka untuk digunakan kembali pada saat pemakaman mereka.

5. Montezuma’s Treasure, Mexico

Pembantaian ke atas suku Aztec di Mexico yang dilakukan oleh orang-orang  Sepanyol menjadi perhatian pada tahun1520. Setelah membunuh Kaisar Montezuma, Hernando Corts dan pasukannya dikepung oleh para kesatria Aztec yang marah, di ibukota Tenochtitlan. Setelah pertempuran sengit selama beberapa hari, Corts memerintahkan pasukannya untuk mengumpulkan harta Montezuma yang paling berharga lalu membawanya keluar. Namun belum begitu jauh mereka melarikan diri, pasukan Aztec berjaya mengejar mereka serta menyerang pasukan Sepanyol di Tasik Tezcuco. Baki pasukan yang tersisa segera membuang harta rampasan mereka kemudian langsung kabur. Setahun kemudian Corts datang lagi dengan pasukannya untuk mengambil kembali harta tersebut. Namun penduduk Tenochtitlan telah menyembunyikan harta tersebut, sehingga harta-harta itu tidak pernah ditemui lagi hingga sekarang.


4. King Solomon’s Treasure, Jerusalem
Artifak-artifak suci dijarah oleh bangsa Romawi dari Kuil Yerusalem dan dicurigai disembunyikan di kubah-kubah di Vatican. Artifak ini dianggap sebagai harta karun terbesar Alkitab seperti sangkakala perak yang akan menandakan Kedatangan Messiah, terompet, lilin emas dll.

Setelah satu dekad, ahli arkeologi, Dr Kensley telah melakar semula peta  harta karun itu untuk pertama kalinya. Menurutnya harta itu telah meninggalkan Rome pada abad ke 5 menuju Kartago, Constantinopel, dan Aljazair sebelum tujuan akhirnya di padang gurun Yudea.


3. Blackbeard’s Treasure, caribbean island
Perompak termasyur, Blackbeard, sebenarnya hanya mengambil masa selama 2 tahun untuk merompak (1716-1718). Namun selama masa itu kononnya dia telah mengumpulkan banyak sekali barang jarahan. Ketika Spanyol sedang sibuk mencari emas dan perak di kawasan Mexico dan Amerika Selatan, Blackbeard dan kumpulannya menunggu dengan sabar dan kemudian merompak kapal-kapal yang membawa emas dan perak tersebut di saat mereka kembali ke Sepanyol.

Blackbeard dikenal sebagai perompak kejam yang pintar mengambil keuntungan. Wilayah operasinya ialah di sekitar Hindia Barat dan pantai Atlantis di Amerika Utara, dengan markas utamanya di kepulauan Bahamas dan Carolina Utara. Riwayatnya tamat pada bulan November 1718, saat Leftenan British, Robert Maynard berjaya menangkap serta menggantungnya. Namun harta jarahannya tidak diketemui hingga kini.


2. The Lost City – Atlantis (Coordinates : 31 15′15.53N 24 15′30.53W)

Goggle Ocean sambungan teknologi dari Google Earth telah merakam imej yang luar biasa iaitu Kota yang Hilang, Atlantis. Kota yang berada sekitar 620 mil di laut dalam barat laut Afrika, berdekatan dengan Kepulauan Canary di Lautan Atlantik.

Menurut filsuf Yunani, Atlantis kota yang sangat maju berada disebuah pulau sekitar 9000 tahun yang lalu. Wilayahnya meliputi wilayah Asia sehingga Libya, dengan istana-istana mewah, berlimpah emas dan perak, dan merupakan tempat yang tanah dan iklimnya terbaik di dunia. Tetapi kemudian, Plato menulis, Atlantis dikalahkan dalam perang oleh suku-suku lain. Dan Kota itu pun dihancurkan.



1. The Amber Room, Rusia

Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang-orang yang pernah melihatnya. Amber Room merupakan harta karun paling unik sepanjang sejarah.

Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa ton batu Amber yang luar biasa, cermin-cermin besar yang di sisi-sisinya terdapat dedaun yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yang luar biasa indahnya. Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata-permata yang tak ternilai harganya. Di dalamnya tersimpan berbagai koleksi benda seni buatan Prusia dan Rusia yang paling berharga.

Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia utk diberikan kepada Czar Rusia, Peter yang Agung pada tahun 1716. Ruangan Amber terletak di Istana Katherine, St. Petersburg.

Saat Hitler bersama tentera Nazi menyerang Rusia, ruang Amber dipindahkan dan disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui, dan sehingga kini belum dapat ditemui. Namun ada juga teori yang mengatakan ia telah dimusnahkan oleh tentera Soviet sendiri.

Saat ini telah diciptakan replika dari Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine.


source: http://www.didunia.net

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive