Nazri Aziz tidak sepatutnya
terlalu melatah untuk membawa usul menghukum Muhyiddin dan Mukhriz
kerana ia akan mempercepatkan UMNO terkubur.
PETALING
JAYA: Cadangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri
Mukhriz Mahathir mencetuskan percangahan pendapat dalam kalangan
pemimpin akar umbi parti Melayu itu.
Bekas
Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusof membidas tindakan
Nazri Aziz menyifatkan ia akan hanya mempercepatkan parti itu terkubur.
Ujarnya,
langkah itu akan mewujudkan lebih banyak kumpulan di dalam parti kerana
masing-masing daripadanya mempunyai penyokong tersendiri.
“Ada
masalah sikit, semua kena pecat, lama-lama habis orang UMNO. Saya kenal
Nazri, kadang-kadang saya tidak setuju dengan beliau kerana
keputusannya banyak mengikut perasaan. Nazri sepatutnya menjernihkan
keadaan bukan mengeruhkan lagi.
“Sekiranya
dua pemimpin ini dipecat, UMNO akan jadi lebih teruk dan semakin
lumpuh. Malah akan wujud lebih banyak lagi kumpulan dalam UMNO sebab
Mukhriz dan Muhyiddin ada penyokong mereka tersendiri,” katanya kepada
FMT.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma pula menyokong cadangan tersebut.
“Kita
tidak mahu ada duri dalam daging, kalau nak marah sangat kepada
presiden tak perlu masuk atau bersekongkol dengan pembangkang. Dulu dia
(Muhyiddin) bercakap di Kangar mana-mana pemimpin UMNO yang bersekongkol
dengan DAP adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan hari ini balik
kepada dia.
“Pada
saya Muhyiddin dan Mukhriz sebagai pelakon sahaja, pengarahnya di
belakang tidak tahu siapa. Muhyiddin tidak sepatutnya menggunakan
keduduknya untuk menghancurkan parti. Ahli parti dan semua orang sudah
meluat dengan Muhyiddin,” katanya.
Kenyataan Zein itu turut disokong Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.
Ini kerana apa yang dilakukan dua pemimpin itu jelas bertentangan dengan perlembagaan parti dan ia selayaknya dihukum.
Namun
bagi, Naib Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul
Mutalif Abdul Rahim, beliau mengambil pendekatan tidak mahu mencampuri
urusan pemimpin tertinggi sebaliknya memilih untuk terus memberi fokus
kepada ahli dan rakyat di peringkat bawah.
“Bagi
saya Nazri Aziz sebagai pemimpin yang matang dalam UMNO biarlah dia dan
MT lain yang menentukan nasib Muhyiddin dan Muhkriz. Kami di bawah
menghormati segala keputusan, malah isu yang berlaku ini sama sekali
tidak akan menjejaskan kedudukan UMNO,” katanya.
No comments:
Post a Comment