KEDUANYA DIKATA TAK CERDIK
KECERDIKAN
dan pejuangan tidak semestinya duduki kerusi dalam kerajaan, malah yang
duduk di kerusi pembangkang juga namanya berjuang sebab baik pemerintah
ada pembangkang ada peranan masing-masing.
Kejayaan
kepimpinan seseorang itu bukan macam mengukur adanya satu bangunan atau
jalan raya tetapi bersuara dan membantai rasuah, perbuatan jahat,
bobrok juga satu perjuangan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli agama
yang membawa kesedaran dan kebenaran.
Merubah
minda/pemikiran manusia tidak semudah membina jalanraya yang bisa siap
esok hari tetapi merubah pemikiran dan cara manusia berfikir memerlukan
masa bertahun yang kekadang ada sampai 1000 tahun atau lebih dari itu.
Dunia
barat kala dulu memang gelap tetapi kesan raja Peranchis kedua yang
belajar di andalusia terjemah semua buku karyawan Islam seperti Ibu
Kindi, Sina dan banyak lagi di zaman Andalusia abad 4-11 ke bahasa barat
barulah barat bercahaya dan menjadi seperti yang ada sekarang.
Ramai
pemimpin terhebat di dunia kena penjara kesan berani pejuangkan sesuatu
yang benar seperti Mandela/sepanjang usianya dalam penjara dan akhirnya
kesan kesedaran ada di kalangan bangsanya maka bangsanya merdeka dan ia
sempat duduki kerusi nombor satu dan dunia puji dia.
Keadaan
yang saya maksudkan sama juga apa yang dihadapi olehj Anwar Ibrahim
banyak masanya dalam penjara, padahal kalau dia mengampu dan menjadi pak
turut sudah pasti dia berjaya duduki kerusi Perdana Menteri yang
menjadi idaman semua orang.
Mantan
TPM dan MB Kedah ada yang mengatakan tidak cerdik hingga terlepas
jawatan dan kenyataan itu sebenarnya tidak benar. Kalau memang mereka
tidak cerdik dan bodoh, mana mungkin mereka berjaya duduki kerusi TPM
dan menteri besar Kedah.
Mereka
dipecat dan satu berhenti bukan kerana mereka tidak cerdik sebalik
merekalah bijak tidak mahu bersubahat dengan pemimpin yang rasuah salah
guna kuasa sebab di dunia mereka bahagia tetapi di akhirat siap akan
ditanya oleh Allah. Nampak itu?
Mereka
melawan dan dipecat/dipaksa turun kerana mereka tidak mahu bersubahat
dan tidak mahu berdosa itu makna mereka berdua bijak dan perlu
dijelaskan menilai perjuangan seseorang itu tidak semestinya melalui
jawatan sebalik kita lihat apa yang ia perjuangkan.
Nabi
kita dihina sejak lahir, hingga dewasa malah sehingga wafatnya juga
dihina dan kala wafatnya dia tidak meninggalkan istana raja atau segala
ladang unta atau tanah berjuta ekar dan dia wafat tanpa apa-apa/yang ada
hanyalah kesan agama islam itu sendiri melebar ke seluruh dunia. Nah,
apakah kerana tidak kaya seperti para menteri kita Nabi tidak cerdik?
Sekadar catatan petang untuk semula kita menilai sejauh mana pejuangan kita sebenarnya dalam masa kita hidup ini.
ISMAILY BUNGSU
2 mei, 2016
6:00pm
No comments:
Post a Comment