SHAH
ALAM - Ketua pemuda Umno bahagian di negeri ini mendakwa sayap itu
telah ‘terbiar’ selama dua tahun oleh pimpinan atasan parti namun mereka
tetap bekerja keras demi parti.
Dalam
pada itu, Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah
Ya’akop mengingatkan pimpinan atasan Umno agar sering menjenguk mereka
selain turut menyalurkan bantuan kepada ahli sayap itu.
“Jika sudah beri nasihat dan bantuan tapi Pemuda Umno Selangor masih lagi tidak begitu cemerlang, bolehlah nak tegur, nak marah.
“Tapi
ini dua tahun mereka buat tak tahu, tiba-tiba baru-baru ini kami
dikatakan tidak bekerja. Itu tidak adil bagi kami. Kalau lihat Facebook
ketua-ketua pemuda bahagian, semua bergerak aktif,” katanya kepada Sinar
Online.
Sebelum
ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa
ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula
parti dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Harapan.
Beliau turut mendakwa kekalahan Umno ketika PRU13 yang lalu bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya Umno sendiri yang lemah.
Ahmad
Mua’adzam turut menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno Selangor, Zuraini
Zainal yang mendakwa sayap-sayap parti itu bukan tidak menjalankan
tugas demi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan
sebaliknya tiada peruntukan diberikan untuk menganjurkan program.
“Saya
kira ini sebagai ‘trigger’ kepada orang atas. Tengok-tengoklah kami,
kalau perlu beri nasihat, nasihatlah. Kalau perlu beri bantuan, beri
bantuan.
“Antara
tanggungjawab yang utama sebagai pemimpin yang di atas bukan sahaja
menuju kemenangan BN di masa hadapan tapi juga tanggungjawab untuk
menyediakan pemimpin pelapis yang hebat. Bukan hanya tahu menuding jari
sahaja.
“Kita
perlu ada sesi ‘one to one’. Sama-sama bincang dan bergerak, barulah
adil. Bagi saya, tidak perlu ada kegusaran bahawa pemimpin muda hari ini
nak cepat naik ke hadapan. Tidak. Kuasa nak menaikkan pun mereka juga,
jadi, apa mereka nak risau?,” katanya.
Beliau
turut mendakwa telah mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan
program sayap itu berjalan namun beliau mengakui tidak tahu sampai bila
mampu bertahan dengan keadaan itu.
Sementara,
Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Fakhzan Md Noor berkata,
peruntukan itu hanya satu isu, namun beliau melihat ada isu lebih besar
yang tidak dititikberatkan oleh parti.
“Sejak
2008, sekarang ini sudah masuk penggal kedua, BN hilang kuasa di
Selangor. Kita tak nampak ada apa-apa perancangan untuk merampas kembali
Selangor. Kalau nak tawan sesebuah negeri kita mesti ada perancangan
yang jelas. Kemudian, datanglah bajet. Maknanya kena ada perancangan
itu.
“Perkara
ini bersifat dalaman dan tidak perlu dibesarkan tapi apabila media
tanya, kita kena jawablah. Sebelum kita bertindak kena ada laluan yang
jelas kalau tidak, sukar. Macam menembak, kita kena tahu sasaran kita.
Kalau tidak, kita main tembak sajalah,” katanya.
Tambahnya,
“kita ada personaliti yang sama sejak 2008. Dalam pengurusan yang
tertinggi, kita ada personaliti yang sama (juga) pada 2013."
"Kita
kena tengok baliklah. Kalau kita nak menang tapi masih guna strategi
yang sama, tanpa kita mengubah ‘mindset’ itu, kita tidak akan pergi ke
mana-mana.”
Akui
cabaran Pemuda Umno di Selangor dan Wilayah Persekutuan berbeza dengan
kawasan-kawasan lain, Mohamad Fakhzan berkata, isu-isu nasional menjadi
faktor utama yang mempengaruhi pengundi selain isu-isu setempat.
“Tapi
kalau kita buat sebanyak mana program pun tapi isu nasional kita gagal
jelaskan, tidak ke manalah. Kebanyakan kawasan kalau kita teliti ada
banyak juga kawasan bersifat marginal yang kita menang majoriti
1,000...2,000 undi. Tapi apa strategi kita untuk tambah pengundi baharu?
“Untuk
tujuan itu, kita perlukan dana dan perancangan. Kalau tak ada dua-dua
itu, bagaimana kita nak tambah pengundi baharu? Pada saya yang menarik
golongan muda ini adalah media sosial, polisi-polisi nasional. Untuk
menang, kita kena ada ‘blueprint’,” katanya.
No comments:
Post a Comment