UtusanDaily

Saturday, 26 March 2016

15,000 Tok Bomoh Seluruh Malaysia Yakin Dengan Kepimpinan Najib Razak



HAMPIR 15,000 orang yang terlibat sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) seluruh negara hari ini tampil menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, para pengamal PTK berkenaan memberi sepenuh kepercayaan terhadap Najib Razak untuk terus memimpin negara ini, sekali gus tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan institusi Perdana Menteri yang dipilih melalui sistem demokrasi.

Ikrar taat setia dan sokongan itu diwakili oleh Majlis Solidariti Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari dengan motto “solidariti membawa rahmat” dalam satu sidang media yang dilakukan di Lembah Klang pada petang Jumaat.

Berdasarkan tinjauan kebangsaan yang dilakukan, pengguna perkhidmatan PTK ini di seluruh negara telah mencecah kira-kira 69.4 peratus dari rakyat Malaysia.

Pengamal PTK di negara ini semakin diterima dan berkembang pesat kerana Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan biodiversiti tropika yang merupakan sumber semulajadi untuk produk-produk kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan. – Tv14



- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/25/15000-tok-bomoh-seluruh-malaysia-yakin-dengan-kepimpinan-najib-razak/#sthash.rEPbClTQ.dpuf

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive