Oleh Ng Kee Seng
Sejauh manakah selamatnya wang simpanan anda yang didepositkan di dalam bank-bank
perdagangan? Ini memandangkan kebanyakan dalam kalangan kita
menggunakan aplikasi urus niaga atas talian e-perbankan dalam sektor
perbankan pada hari ini?
Persepsi
serta tanggapan rakyat Malaysia bahawa bank-bank asing adalah jauh
lebih dipercayai dan cekap daripada bank-bank tempatan pasti tidak
benar lagi, selepas kehilangan MH370.
Portal berita The Star melaporkan pada 21 Ogos bahawa satu pasangan
didakwa selepas didapati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas
pelbagai pendakwaan melibatkan kecurian dari akaun bank milik empat
penumpang pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac.
Kedua-dua suspek berusia 33 tahun, pegawai bank Nur Shila Kanan dan
suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, telah dituduh melakukan
transaksi pemindahan dan pengeluaran wang haram berjumlah RM85,180 dari
akaun-akaun tersebut.
Nur Shila
menghadapi 12 tuduhan utama kecurian berhubung dengan pemindahan wang
dari akaun bank HSBC ke akaun bank lain, mendapatkan kelulusan untuk
kad debit dan membuat aplikasi perbankan Internet baru dengan niat
untuk menipu dan menggunakan dokumen palsu di cawangan HSBC Lebuh
Ampang dari 14 Mei hingga 14 Julai lalu.
Manakala Basheer menghadapi empat pertuduhan utama, termasuk
menggunakan kad debit dan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai dari
akaun-akaun bank tersebut.
Beliau
didakwa melakukan kesalahan mengeluarkan wang itu di mesin ATM di salah
sebuah cawangan bank HSBC di Ampang Point antara 15 Mei dan 29 Jun
lalu.
Selain itu, setiap seorang
daripada mereka turut menghadapi empat pertuduhan alternatif mencuri
dengan percuhaan memindahkan wang dari akaun HSBC Bank.
Wang itu dilaporkan hilang dari akaun milik dua orang warga China, Ju
dan Kun Tian Jun Wei serta seorang warga Malaysia Hue Pui Peng dan
pramugara Tan Size Hiang.
Timbul persoalan, bukankah HSBC merupakan sebuah bank asing yang terkemuka dan berwibawa di Malaysia?
Bagaimana semua kecurian atau penipuan ini boleh dilakukan dengan mudah?
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Mahmud
memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM 20,000 bagi setiap
seorang, dan meminta pasangan itu menyerahkan pasport mereka kepada
mahkamah.
Peguam, Abdul Hakeem
Aiman Mohd Affandi yang mewakili pasangan itu, meminta jaminan
ditetapkan pada RM10,000 bagi setiap seorang, dan berkata bahawa mereka
bersedia untuk menyerahkan pasport.
Susulan itu, Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan jaminan sebanyak
RM12,000 bagi setiap seorang manakala pasport mereka ditahan.
Pada masa sama, beliau turut menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh untuk mendengar sebutan kes semula.
Kes yang berkaitan ini MH370 sudah pasti membuka mata pelanggan bank
dan pengurusan bank. Sudah tentu kita boleh menganggap bahawa sistem
berkomputer industri perbankan tidak seketat yang diharapkan dalam
mengesan penipuan.
Jadi, adakah wang anda lebih selamat di bawah bantal anda atau di simpan di dalam bank? Sudah tentu dengan bank!
Maka teruskan urus niaga e-perbankan yang mudah dan pantas, namun
berisiko, sementara ada mereka yang masih enggan menggunakan aplikasi
Internet untuk melakukan transaksi kewangan kerana kebolehpercayaan
program komputer adalah hanya sebaik dan sejujur orang-orang yang
mengawal selia programnya
No comments:
Post a Comment