UtusanDaily

Thursday, 28 August 2014

Salahkah Suami Ambil Duit Isteri?



Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak. Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?

Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.

Namun, jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya. Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah." (Surah at-tahrim:6)


Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya." (Riwayat Imam ad-Daruqutni)

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya." (Maratib al-Ijma', Imam Ibnu Hazm, 1/92).

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive