APA ITU ICE BUCKET CHALLENGE?
ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran
tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta
harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3
orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat
melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia
bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan &
mencari penawar utk penyakit ALS ni.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita
rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama
dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah
sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf
tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu
lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment