UtusanDaily

Tuesday, 26 August 2014

Kisah 2 ekor kucing terkaya di dunia

GRUMPY Cat bersama pemiliknya, Tabatha Bundesen.

LONDON 24 Ogos - Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah 'merajuk' menjadi antara haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound (RM5,238) sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.

Laman web Mail Online melaporkan kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta).

Grumpy Cat yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi pendapatan lumayan kepada pemiliknya, Tabatha Bundesen.

Seekor lagi kucing diberi nama Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 pound ke atas sehari kerana terbabit dalam beberapa projek iklan.
BRONTE bersama pemiliknya Caroline Bailey.
Pemilik Bronte, Caroline Bailey berkata, kucingnya tidak bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran dan kemudahan haiwan tersebut.

Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan telefon mudah alih yang disaksikan lebih lima juta kali di laman web YouTube.

Dua ekor kucing berkenaan akan menjadi antara subjek utama di Britain apabila haiwan berkenaan bakal muncul dalam rancangan televisyen, Star Paws: The Rise of Superstar Pets pada minggu ini. © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive