DARI kiri: Sazzy, Nazril dan Jojo Struys bergambar selepas majlis pelancaran produk Enchanteur di Kuala Lumpur baru-baru ini.
BULAN Februari sering dikaitkan dengan bulan cinta. Namun, anda dan pasangan tidak perlu menunggu bulan hadapan untuk meraikan cinta kerana perasaan sayang-menyayangi tidak hanya hadir sekali setahun.
Selain menyemarakkan cinta dengan membawa insan tersayang keluar bercuti, keharuman wangian juga mampu membuat si dia tertarik untuk mendekati anda.
Jenama wangian terkenal, Enchanteur memperkenalkan tiga seleksi wangian bagi peringkat perhubungan berbeza yang diinspirasikan daripada cinta. Seleksi yang diberikan nama Enchanteur Love itu terdiri daripada Celebrate Love, Forever Love dan Passionate Love.
Ketiga-tiga varian tersebut mampu memukau anda dengan keunikan bau tersendiri. Celebrate Love mengeluarkan haruman yang bertema meraikan cinta bersama yang tersayang manakala Forever Love menjanjikan bau wangian cinta abadi si pemakai. Sementara itu, Passionate Love mengusik rasa penggoda cinta untuk wangian yang lebih intim.
Duta wangian Enchanteur Love yang juga pasangan selebriti popular, Sazzy Falak dan Nazril Idrus, sempat berkongsi perasaan kerana diberi peluang mewakili wangian tersebut.
"Wangian Enchanteur Love kegemaran saya ialah Forever Love kerana paling sepadan dengan cita rasa saya.
"Saya juga rasa bertuah kerana diberi peluang sekali lagi menjadi duta produk kerana saya pernah mengimpikan gelaran 'Gadis Enchanteur' ketika di usia remaja. Tidak sangka pula tawaran itu datang kini walaupun saya bukan lagi gadis remaja," ujar Sazzy pada majlis pelancaran di Restoran Top Hat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Difahamkan pasangan itu telah memasuki tahun ketiga menjadi duta produk terkenal itu.
Enchanteur Love bersaiz 50 mililiter dijual pada harga RM31.90 sebotol dan boleh didapati di pusat beli-belah dan rangkaian farmasi utama di seluruh negara.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_03.htm#ixzz2rGOVXvmR
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment