Enjin Kapal Terbang MAS Terhenti – Zarul Umbrella
Kerap juga saya ditugaskan ke Beijing menggunakan laluan itu, tapi tidak pernah berdepan situasi cemas. Sepanjang 14 tahun sebagai pramugara, hanya sekali saya mengalami keadaan menakutkan apabila enjin kapal terbang tiba-tiba tidak berfungsi,” katanya.
Kuala Lumpur: “Kebetulan saya bercuti pada hari ini (semalam), kalau tidak mungkin saya antara anak kapal yang ditugaskan ke Beijing,” kata vokalis kumpulan Umbrella, Zairulkefli Husin yang juga pramugara.
Penyanyi era 1990-an yang lebih dikenali sebagai Zarul itu berkata, dia memang sengaja memohon cuti untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Semua anak kapal berkenaan adalah rakan saya. Dua minggu lalu, saya ditugaskan dengan seorang daripada mereka ke London. Kami sempat ke gimnasium dan bersarapan. Saya terkejut dan sedih mendengar berita itu.
Zarul berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung kapal terbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dipercayai hilang di udara Vietnam ketika dalam perjalanan ke Beijing.
Katanya, selagi laporan rasmi belum dikeluarkan dia akan terus berdoa dan berharap tiada perkara buruk menimpa mereka.
Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan tindakan rakannya menenangkan penumpang yang panik.
Sementara itu, Zarul turut meluahkan rasa kecewa terhadap Zed Zaidi yang mengemas kini status laman sosial Twitter miliknya seolah-olah menganggap kejadian itu perkara kelakar.
“Satu dunia berdoa dan terus berharap mereka selamat. Semua orang bersedih. Tidak wajar dia menulis sedemikian, bayangkan kalau keluarga kita ada dalam pesawat itu.
“Mungkin perkataan ‘hilang’ itu bagi dia hanya sekadar hilang di udara dan bukannya terhempas. Tapi isu status itu sudah selesai. Zed memadamkan status itu dan meminta maaf,” kata Zarul.
Zed memadam status berkenaan selepas pengikutnya di Twitter mengecam dan memaki hamun. Bekas Presiden Persatuan Seniman itu memohon maaf serta memberikan alasan keliru dengan isu terbabit.
No comments:
Post a Comment