SUKAR Joyah mahu tafsir apa keadaan sebenar Rita Rudaini ketika ini, dalam kekecohan kisah Hanez Suraya dengan Liyana wanita yang mendakwa dia isteri kepada kekasih Hanez itu. Tiba-tiba Rita tampil memujuk Liyana dengan mengatakan dia juga melalui perkara yang sama. Aik! Apa sudah jadi? Dari cara penulisannya, Rita bagaikan memahami perasaan Liyana yang diduakan suaminya.
Ada dua kemungkinan yang boleh Joyah fikirkan di sini, mungkin Rita terkesan dengan perkahwinan bekas suaminya yang bakal berlangsung pada 14 Mac ini atau memang Rita kenal Liyana dan bertindak atas rasa simpati seorang rakan.
Walaupun keliru, tetapi hati Joyah berat merasakan ada sesuatu yang mahu disampaikan Rita melalui kata-kata di laman Instagramnya itu. Joyah tidak merasa Rita cemburu dengan kebahagiaan bekas suaminya itu memandangkan kehidupan Rita kini dilihat lebih bermakna dengan kehadiran dua anak comelnya.
Jika Aidil boleh bertemu dengan orang lain, Joyah tidak melihat mengapa Rita tidak mampu mencipta kebahagiaan baharu.ini
No comments:
Post a Comment