UtusanDaily

Monday, 10 March 2014

Kehilangan pesawat MH370 menyebabkan Ibu Shila risau

Ibu Shila risau
Ibu Shila risau Shila bersama ibu dan bapanya.

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, China, Sabtu lalu mengejutkan semua pihak termasuk karyawan seni.

Ibu penyanyi yang sedang mencipta nama di China, Shila Amzah misalnya, mengaku risau berikutan anak sulungnya itu kerap ‘terbang’ ke Beijing dan Shanghai.

Akur apa yang berlaku adalah qada dan qadar Allah, Fauziah Sarman, 44, berkata beliau dan suami, ND Lala, 51, tidak mahu insiden pesawat MH370 melemahkan diri mereka terutama dalam mengatur perjalanan kerjaya Shila.

Ketika ini, anak kesayangan mereka sedang menyertai program realiti televisyen (TV), I Am A Singer di Changsha, Hunan.

Bangga pencapaian Shila

Hakikatnya, Shila yang sering berulang-alik dari Shanghai ke Beijing dengan pesawat untuk menghadiri kelas bahasa Mandarin, membuatkan Fauziah berasa risau memikirkan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, perasaan itu cuba dilontar jauh demi melihat pencapaian anaknya yang makin diterima peminat di China.
“Memang risau. Tetapi kejadian begini kita tak jangka... Itu mungkin sudah ketentuan-Nya. Saya dan suami akan berangkat ke Beijing, esok dan kami sering menggunakan penerbangan MAS.

“Bagi kami, MAS menyediakan perkhidmatan terbaik berbanding pesawat lain yang pernah kami guna,” katanya.

Fauziah berkata, beliau dan suami cukup bangga dengan pencapaian Shila dalam menawan hati peminat di China.

“Alhamdulillah, Shila semakin diterima ramai. Ketika beliau sampai di Changsha, lebih 300 peminat menunggu.

“Sudah tiga minggu Shila belajar bahasa Mandarin, dia cepat belajar,” katanya yang turut mendoakan keselamatan 227 penumpang dan 12 kru penerbangan MH370 itu.

Artis tempatan, antarabangsa kongsi kesedihan

Sejak tersebarnya berita mengenai kehilangan pesawat MH370, ramai artis tempatan dan bintang Hollywood berkongsi rasa terkejut dan simpati di laman Twitter.

Antara selebriti yang meluahkan rasa kesedihan mereka ialah pengacara The Ellen Show, Ellen DeGeneres. Ellen meminta pengikutnya mengulang Tweet yang berbunyi, “RT jika berpendapat juruterbang MH370 orang yang paling berani.”

Malah, Ellen berkongsi gambar pesawat yang tertera ‘Pray For MH370’ dan meminta pengikut mengulang Tweet bagi menunjukkan rasa hormat kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Turut berkongsi kesedihan itu, pemain bola kelab Manchester United, Ryan Giggs menerusi Twitter @RyanGiggs_cc yang dimuat naik, semalam.

Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) Yunalis Zarai atau Yuna turut berkongsi rasa terkejut di laman Twitter miliknya.

Mesejnya berbunyi “Bangun dengan berita menakutkan Boeing 777 telah hilang dalam perjalanan ke Beijing. Saya terbang melalui laluan yang sama sepanjang masa.”

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive