UtusanDaily

Tuesday, 11 March 2014

Hanez Suraya saman bekas pembantu peribadi

Hanez Suraya saman bekas pembantu peribadiHanez Suraya saman bekas pembantu peribadi Hanez Suraya menamakan pembantu peribadinya dalam saman yang difailkan di Makhkamah Tinggi.

Kuala Lumpur: Pelakon, Hanez Suraya Abdul Aziz, menyaman bekas pembantu peribadinya dan menuntut ganti rugi kerana mendakwa difitnah dan dimalukan dalam laman sosial Twitter serta Instagram.

Hanez Suraya, 29 menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28 dalam saman yang difailkan pada 1 November tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini, melalui firma guaman, Tetuan Harjit Sandhu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hanez Suraya mendakwa Mohd Fairus mula bekerja dengannya sejak Julai 2013 dan sebagai pembantu peribadinya, defendan akan dibawa ke mana saja walaupun ke luar negara, selain turut diperkenalkan kepada keluarga dan rakannya.

Hanez Suraya berkata, pada awal September 2013, beliau diberitahu pengurusan Aura White untuk membawanya ke Hong Kong pada bulan November dengan semua kos ditaja sepenuhnya.

Katanya, beliau berasa lebih sesuai untuk membawa jurusolek berbanding pembantu peribadi kerana khidmat jurusolek lebih diperlukan di sana.

Tunjuk tingkah laku pelik

“Selepas pulang dari Jakarta pada September 2013, defendan mula menunjukkan tingkah laku pelik dan membuat perangai di tempat kerja seperti datang lambat dan menghasut saya supaya tidak rapat dengan rakan saya tetapi dia pula yang rapat dengan mereka di belakang saya.

“Selepas itu defendan mula memburukkan nama saya di laman sosial seperti dalam laman Twitter dan Instagram dengan memuat naik tweet serta hashtags yang merujuk kepada saya yang mengandungi perkataan fitnah,” katanya.

Sehubungan itu, Hanez Suraya menuntut defendan membayar ganti rugi am, teruk dan teladan yang ditaksirkan oleh mahkamah selain memohon injunksi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama.

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi menetapkan pada 17 April ini bagi pengurusan kes.

2 comments:

  1. nampaknya sentiasa kenalah jaga diri walaupun pembantu peribadi...

    ReplyDelete
  2. banyak jantan jd tk tentu arah bila semakin lama dgn pompuan cantik. hanez & smua pompuan2 yg rasa seangkatan, jaga2 dgn jantan2 sblum diambil bkrja. ni nasihat free agar tk nyesal

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive