Sari Yanti fail penceraian?
SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai
beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal
melalui proses penceraian.
Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sariyanti.
Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan
perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat
spekulasi mengenai rumah tangganya.
Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30,
yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu.
Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun,
Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan
Basit Al-Haq, 2.
Usaha Zass untuk mendapatkan pengesahan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja.
Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan
menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat
produksi miliknya iaitu Media Glow Production.
Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear
Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama
Anbia.
Fear Factor Malaysia bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam sejak 15 Februari 2014 lalu menerusi saluran Astro Ria (104).
No comments:
Post a Comment