KLUANG - Kerajaan memutuskan untuk tidak menggantikan pesawat pejuang MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat masa ini kerana perlu melihat kepada keperluan, keutamaan dan kemampuan untuk membelinya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga perlu melihat persiapan dalam konteks keselamatan dan pertahanan yang bersandarkan kepada ancaman semasa.
Katanya, ini bagi memastikan sekiranya pesawat tersebut digantikan, aset pertahanan baharu itu nanti benar-benar mampu menangani insiden pencerobohan seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment