
Kira-kira seminggu yang lalu, OHBULAN! ada siarkan penafian Ashraf Muslim mengenai berita kehamilan isteri keduanya yang dikenali sebagai Sakinah.
Artikel berkaitan:
Namun baru-baru ini melalui sebuah forum tempatan, timbul pula persoalan yang sama apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.
Gambar itu bagaimanapun menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Kalau difikirkan semula, mana ada sakit lain yang membolehkan orang ucap tahniah kecuali mengandung, betul tak?
Jadi persoalannya di sini, adakah Sakinah kini betul-betul berbadan dua? Mungkin Ashraf ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkara ini sebelum ini.
Jika mengikut kata-kata orang lama, memang tidak elok menghebohkan perkara ini di awal kehamilan kerana takut tak menjadi. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah dan Ashraf ya.
Sumber: Forum Cari
No comments:
Post a Comment