UtusanDaily

Monday, 9 September 2013

Hanya 432 derma organ sejak 1976

Oleh LILY YEAN
lily.yean@kosmo.com.my

http://3.bp.blogspot.com/-QnRCnpeuALk/TuuJQ9XC3II/AAAAAAAAANw/du_y0h1cDas/s320/5098065047_8749a54138.jpg
KUALA LUMPUR – Hanya 432 orang daripada 235,573 penderma organ berdaftar telah menderma untuk transplantasi sejak tahun 1976 hingga Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah tersebut adalah kecil berbanding bilangan pesakit yang menunggu organ iaitu seramai 16,987 orang dengan 90 peratus merupakan pesakit buah pinggang.

“Ramai yang mempunyai persepsi negatif dan perasaan takut untuk menderma organ selain tidak berbuat demikian kerana faktor agama.

“Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan badan berkanun akan berusaha menangani masalah itu termasuk mengadakan siri jelajah bagi meningkatkan kesedaran awam,” katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2eLcX5Au7
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive