UtusanDaily

Friday, 13 December 2013

RM8j bawa Doraemon ke Malaysia

Foto
Kuala Lumpur: Animation International (M) Sdn Bhd (AISB) membawakan Ekspo 100 Gajet Rahsia Doraemon yang mula dibuka kepada umum esok 14 Disember di Dewan Pameran Viva Home, Kuala Lumpur.

Sempena ekspo itu lebih 100 patung dan 100 gajet Doraemon dipamerkan dengan sasaran 700,000 pengunjung bagi pameran yang berlangsung selama tiga bulan.

Pengarah AISB, Steve Chow berkata, ekspo itu pertama kali dianjurkan di Asia Tenggara selepas Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

“Kami juga menyasarkan peminat dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina yang juga peminat karakter Jepun ini datang pada pameran terbabit,” katanya.

Chow berkata, syarikatnya melabur sehingga RM8 juta untuk membawa watak itu ke negara ini selepas pameran terakhir di Taiwan dan ekspo berkenaan juga dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tiket masuk ekspo berharga RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak) mula dijual secara dalam talian melalui myticket.my bermula 30 November lalu dan di 100 stesen petrol BHP terpilih di seluruh negara bermula 1 Disember.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive