PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan
mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan
dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks
Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat
kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.
Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai,
anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping
mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi
keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi
memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas
dengan lebih baik.
“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam
perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya
yang dipetik Harian Metro.
No comments:
Post a Comment