UtusanDaily

Friday 9 October 2015

STATUS PERKAHWINAN SUAMI ISTERI BUKAN ISLAM SETELAH MEMELUK ISLAM

Ahmad Faisol Omar


Suami isteri bukan Islam apabila memeluk Islam, kekal sebagai suami isteri tanpa perlu dinikahkan semula dengan syarat- syarat berikut:

1. Perkahwinan mereka mengikut ajaran agama terdahulu. Jika tidak mengikut ajaran agama terdahulu, mereka wajib dinikahkan semula mengikut hukum perkahwinan Islam.

2. Jika salah seorang terlebih dahulu memeluk Islam dan seorang lagi terkemudian memeluk Islam, mereka masih kekal sebagai suami isteri selagi iddah isteri belum berakhir. Jika telah berakhir, mereka wajib dinikahkan semula jika ingin hidup sebagai suami isteri.

3. Dalam tempoh beriddah, jika isteri memeluk Islam dan suaminya tidak, maka dia haram berkahwin dengan lelaki lain sehingga habis iddahnya. Jika dalam tempoh iddah, suami memeluk Islam, mereka kekal sebagai suami isteri tanpa perlu akad nikah yang baru.

4. Jika suami menceraikan isterinya sebelum memeluk Islam dan isteri yang diceraikan itu belum disetubuhi, maka selepas perceraian, kedua- duanya memeluk Islam, mereka wajib dinikahkan semula jika ingin hidup sebagai suami isteri.

5. Jika perceraian selepas persetubuhan, kemudian salah seorang memeluk Islam, maka isteri wajib beriddah. Dalam tempoh iddah pasangan memeluk Islam, maka mereka kekal sebagai suami isteri.

6. Jika suami mempunyai lebih daripada empat orang isteri, kemudian dia dan semua isterinya memeluk Islam, dia hanya dibenarkan mempunyai empat orang isteri sahaja. Untuk itu, dia bolehlah memilih empat daripada isteri- isterinya untuk kekal bersamanya. Yang tidak terpilih, tidak lagi menjadi isterinya.

7. Anak- anak yang belum baligh secara automatik menjadi Islam dengan pengislaman ibu bapa atau salah seorang daripada mereka. Anak- anak yang sudah baligh diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive