UtusanDaily

Saturday, 10 October 2015

Apabila Peguam Negara ambil kuasa hakim dalam isu 1MDB..!!!!

Peguam Negara ambil kuasa hakim-Tun M
FMT Reporters | October 10, 2015

Penolakan kes ini menimbulkan syak wasangka an orang berfikir bahawa keputusan yang diputuskan tidak dibuat oleh Peguam Negara.

mahathir,bnm

PETALING JAYA: Peguam Negara dilihat mengambil tindakan sendiri apabila menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan pendakwaan terhadap 1MDB.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai keputusan itu yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Katanya, meskipun Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak tetapi keputusan untuk menolak proses pendakwaan menimbulkan tanda tanya.

“Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.

“Itulah cara yang betul. Tetapi sekarang nampaknya Peguam Negara telah membuat penghakiman itu, menolak kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang. Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak oleh beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini.

“Adakah ini kedaulatan undang-undang yang negara ini patut dukung? Adakah Peguam Negara lebih tinggi daripada seorang hakim, yang penghakimannya adalah muktamad dan tidak ada sebarang rayuan? Tulisnya di chedet.com

Kata Dr Mahathir, dalam kes ini rakyat ingin tahu sama ada Perdana Menteri terlibat atau tidak.

Tambahnya, penolakan kes ini menimbulkan syak wasangka dan akan kekal dalam minda rakyat.

Malah, orang berfikir bahawa keputusan Peguam Negara ini mungkin tidak dibuat oleh Peguam Negara.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive