UtusanDaily

Saturday 19 September 2015

Mungkin sebab inikah suami Umi Aida, Khairuddin di tahan..??


LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG

Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 

jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana Najib Tun Razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya.

---- Khairuddin Abu Hassan.

Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:

1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED

Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.

Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.
Pada masa yang sama, saya turut membuat laporan polis keatas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low dan ahli keluarganya merangkumi syarikat-syarikat:

1) JYNWELL CAPITAL (HK)
2) JYNWELL CHARITABLE 
FOUNDATION
3) STRATEGIC RESOURCES 
(GLOBAL LIMITED)

Satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan oleh pihak polis Hong Kong bagi menyiasat samada syarikat-syarikat milik kepentingan Jho Low serta keluarganya pernah berurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.

Saya juga memohon pihak polis Hong Kong untuk menyiasat samada syarikat-syarikat milik Jho Low serta keluarganya pernah membuat apa-apa pelaburan ataupun tidak bagi pihak syarikat 1MDB di Hong Kong?!

Laporan polis di Hong Kong dibuat adalah semata-mata kerana saya mahu pihak polis dari negara luar menyiasat secara komprehensif, telus serta tanpa sebarang pengaruh dari Perdana Menteri Malaysia yang nampak kini sedang menyalah-guna kuasa bagi mengambil pelbagai tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang sedang menyiasat kes skandal 1MDB ini!!

Sepertimana yang saya pernah katakan; secara jujur dan ikhlas saya tidak lagi mempunyai kepercayaan mahupun keyakinan terhadap PDRM, Bank Negara Malaysia serta Pejabat Peguam Negara Malaysia.

Badan-badan berkuasa ini tidak berani untuk menyiasat kes skandal 1MDB secara bebas, adil, telus serta komprehensif!! Keseluruhan rakyat dah mula sedar seolah-olah ada 'tangan ghaib' yang sedang mebuat 'kawalan jauh' untuk memperlahankan seterusnya kemungkinan menutup kes penyelewangan skandal syarikat 1MDB!!

Dengan izin Allah swt; seandainya berlaku pertukaran kepimpinan di negara kita maka kesemua pegawai tertinggi badan-badan berkuasa ini bersama sesiapa saja yang terlibat di dalam konspirasi untuk menutup kemungkaran kes skandal syarikat 1MDB mesti didakwa dan dihukum secara setimpalnya!!

Kalangan ini telah menodai dan mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab secara amanah!!

Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan puak-puak haprak ini adalah pengkhinat kepada bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini!!

--- Khairuddin Abu Hassan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive