UtusanDaily

Thursday 17 September 2015

Himpunan ‘baju merah’ peluang terakhir Najib


Peserta Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, semalam, mendakwa hak orang Melayu perlu dipertahankan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 September, 2015.
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perhimpunan ‘baju merah’ yang diadakan di Kuala Lumpur semalam merupakan peluang terakhir Datuk Seri Najib Razak untuk mendengar dan akur kepada tuntutan rakyat.

Zainuddin turut mencabar perdana menteri untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dituntut lebih 200,00 peserta Himpunan Rakyat Bersatu semalam.

Menurut bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu, ISA sewajarnya dikembalikan dan dipatuhi Najib demi menebus nama baiknya, di samping mengembalikan perasaan ketenteraman dan keyakinan di kalangan rakyat terhadap kepimpinannya.

"Perhimpunan lebih 200,000 orang ini tidak mungkin berlaku jika rakyat tidak benar-benar berhasrat untuk menyampaikan mesej keras dan memberi peluang terakhir kepada Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin dalam blognya zamkata.blogspot.com.

"Tidak dapat dinafikan slogan dalam Himpunan Rakyat Bersatu hari ini (semalam) adalah lebih dahsyat daripada ucapan Tsunami Cina yang takut untuk diulangi Najib dan orang pun tahu Najib juga berada di belakang himpunan ini.

"Tidak dapat dinafikan beberapa keputusan yang dibuat himpunan hari ini juga untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib dijatuhkan lebih dulu daripada tempoh yang ditetapkan," katanya.

Zainuddin berkata keputusan Najib untuk menghapuskan ISA secara sendirian dengan harapan dapat meraih sokongan bukan Melayu dan pihak antarabangsa juga membuatkan banyak hak dan prinsip Perlembagaan Persekutuan mengenai kesucian agama Islam dicabar menerusi mahkamah satu persatu.

Beliau turut memberi contoh akhbar The Star yang disifatkan menjuarai isu bersifat sensitif terhadap Islam.

"Akhbar The Star menjuarai isu yang bersifat sensitif terhadap Islam termasuk menghina orang Islam kerana tidak bersahabat dengan anjing, menuduh sekolah kebangsaan meletakkan kantin di tepi tandas kepada murid bukan Melayu pada bulan puasa dan sebagainya,” katanya.

Katanya, The Star juga menggunakan sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mempromosikan dasar liberalisme di bawah kempen moderasi dengan menggunakan liberalis Melayu untuk memperkecilkan nasionalisme Perlembagaan Persekutuan sebagai fahaman Melayu yang sempit.

"Apa pun bergantung kepada sama ada beliau (Najib) sanggup mengembalikan ISA untuk dilaksanakan secara tegas dan bukan dengan sikap 'flip flopnya' atau untuk menyalahgunakannya bagi kepentingan peribadi," katanya. – 17 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-baju-merah-peluang-terakhir-najib-kata-bekas-menteri#sthash.cixAjCSW.dpuf

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive