UtusanDaily

Tuesday 15 September 2015

Hari Malaysia tanpa Najib

najib-shabudin
PETALING JAYA: Ketika rakyat diseru menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiada di dalam negara.
Pada tarikh yang sama Hari Malaysia disambut, beliau berada di London sebelum bertolak ke Amerika Syarikat bagi menghadiri mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berikutan ketiadaan orang nombor satu dalam perhimpunan pro kerajaan itu, ia menjadi tanda tanya siapa pemimpin kanan lain yang turut serta.
Persoalan itu dibangkitkan bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya, adalah tidak adil jika pihak yang menyokong sahaja yang hadir sedangkan yang disokong tidak menampakkan diri.
“Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO dan kerajaan juga masih belum kedengaran janji mereka untuk menghadiri perhimpunan itu yang tujuan besarnya ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya,”tulis Shahbudin.
Bahkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menyeru rakyat menghadiri perhimpunan bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan para pemimpinnya, siang-siang lagi memaklumkan tidak dapat hadir.
Kata Ku Nan, ia bertembung dengan program beliau yang lain.
“Habis, siapa pemimpin UMNO dan kerajaan yang hadir nanti? Adakah Zahid? Hishammuddin? Khairy Jamaluddin? Yang lain-lain?
“Pemimpin yang sudah terbuang, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah teringin untuk datang sama?
“Berapa ramai menteri yang akan menunjukkan muka agaknya?,”soalnya di shahbudindot.com.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive