Sejak
kebelakangan hubungan diantara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan
pelakon tampan Keith Foo dilihat agak mesra dan akrab. Meskipun hubungan
mereka bagaikan adik dan kakak dek kerana perbezaan jarak usia namun
timbul cerita kurang elok mengenai kemesraan mereka itu.
Lebih-lebih lagi apabila Ziela tanpa berselindung berkongsi gambar
kemesraan mereka menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya. Niatnya
lain namun tanpa disangka, gambar-gambar ini mencetuskan sensasi dalam
kalangan peminat hingga ada yang mengkritik tindakan Ziela.
Lebih teruk, ada yang
menganggap beliau mempermainkan agama kerana sanggup bergambar begitu
sedangkan penampilannya nampak Islamik. Lebih biadap, segelintir mereka
sanggup mengeluarkan ayat yang berunsur menghina terhadap ibu tunggal
kepada tiga anak iaitu Puteri Julia Nabilah. Megat Jufri Nasrullah dan
anak angkat Ibrahim Junid Abdullah.
Bercakap kepada Harian Metro, Ziela berkata beliau berhubungan baik
dengan semua pelakon drama Ariana Rose dan tidak bersikap pilih kasih.
Beliau juga memberitahu baru sekali berjumpa dengan Keith Foo, itupun
selepas drama popular yang mencetuskan fenomema itu.
“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal
dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja
mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik.
Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya
tak fikir soal lain pun ketika itu”
“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah
sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau
masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya
saya berkongsi gambar ini dengan peminat”
“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak
nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi
saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka
ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara
mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”
“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini
betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun
sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan
hubungan dengan manusia”
“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat
yang digunakan sangat melampau,” jelasnya dengan panjang lebar.
Sumber Asal: HarianMetro
No comments:
Post a Comment