Rita Rudaini tidak
menangis ketika perkahwinan bekas suaminya, Aidil Zafuan dan Zarema
Zainal baru-baru ini, Memang tabah dan cekal sungguh hati seorang insan
bernama Rita Rudaini ini.
Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa
yang lebih ?dahsyat? daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih
kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi
kesedihan yang lebih teruk daripada itu?
Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana
?kesakitan? saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak
?kecil? bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya
Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia
(Aidil) sudah bahagia sekarang ini.
Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).
No comments:
Post a Comment