Sememangnya jika isu Gaza akan mendapat perhatian yang meluas di
Malaysia. Sikap prihatin rakyat Malaysia boleh dilihat dengan sumbangan
kepada tabung Gaza bagi mengurangkan beban penduduk Gaza
Disebalik keprihatinan rakyat Malaysia mengenai isu Gaza, terdapat
segelintir pihak yang mengutip derma dengan mendakwa mereka akan
membantu penduduk di Gaza. Ini termasuk Yayasan Hang Tawi.
Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa Yayasan Hang Tawi membuat
pungutan derma tanpa surat kebenaran daripada Majlis Agama. Siapakah
sebenarnya mereka ini?
Yayasan ini didapati mengutip derma dibawah satu nama pertubuhan yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada diantara mereka telah ditahan oleh Jabatan Agama kerana mengutip
derma tanpa surat kebenaran. Mereka juga dikatakan berselindung dibawah
nama yayasan tersebut untuk mengelirukan orang ramai yang konon nya
kutipan derma tersebut akan disalurkan kepada masyarakat Islam di
Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak.
Menerusi Laman Facebook Yayasan Hang Tawi, yayasan ini baru saja beroperasi pada bulan Mei 2014.
Lebih mencurigakan lagi, dalang disebalik sindiket ini dipercayai
bernama SM Amin. Indicidu ini pernah terlibat dalam kontroversi dimana
penuntut tahfiz diarahkan untuk mengutip derma.
Mengikut poster Yayasan Hang Tawi ini, gambar SM Amin ada di mana-mana. Siapakah individu ini sebenarnya?
Kisah SM Amin atau Azhar Wahab mula tersebar apabila dipercayai
mengarahkan anak anak yatim mengutip sumbangan bagi pembangunan pusat
tahfiz amal di Kedah sementara pemiliknya dikatakan puas berjoli. JAKIM
pernah mengesahkan pusat tahfiz itu bernaung dibawah ajaran Azhar Wahab
atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
Difahamkan bahawa Yayasan Hang Tawi telah melebarkan sayapnya ke Acheh,
Indonesia serta mempunyai pejabat sekretariat bertempat di Amman, Jordan
dan yang terbaru mereka sedang membina sebuah lagi pejabat di Songkla,
Thailand.
Adakah benar mereka melakukan kutipan derma secara haram? Penjelasan
dari pihak Yayasan Hang Tawi telah menafikan bahawa mereka menjalankan
kegiatan mengutip derma secara haram.
Jadi, apakah pendapat anda? Siapakah yang bercakap benar dan siapa yang
anda percaya? Dinasihatkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan
dermakanlah kepada yayasan atau organisasi yang bertauliah dan
diiktiraf.
No comments:
Post a Comment