Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang
dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur
keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara
berkenaan.
Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.
1. Denmark
Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.
Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.
Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.
Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.
Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.
2. Norway
Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan
kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang
mencemarkan nama negara itu.
Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.
Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.
3. Singapura
Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.
Sejak
pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk
meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan
sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.
Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.
4. Slovenia
Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.
Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia
juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang
sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman
terancang yang rendah.
Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.
5. Sweden
Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.
Walaupun
terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar
jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan
dengan Amerika Syarikat (AS).
6. Iceland
Dasarnya
yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia
menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.
Ia
jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali
ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.
Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.
Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.
7. Belgium
Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.
Ibu
negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Mereka
yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan
yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi
yang mengasyikkan.
Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.
8. Republik Czech
Republik Czech mencapai kemerdekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.
Selepas
Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada
pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang
stabil untuk pelaburan.
Negara itu juga disenaraikan sebagai
sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh
Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.
Terkenal dengan
ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang
mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh
dunia.
9. Switzerland
Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.
Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.
Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.
Walaupun
Switzerland sering mengambil pendekatan neutral dalam isu negara,
antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik
yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.
10. Japan
Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.
Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.
Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.
11. Ireland
Terkenal
dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta
rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai
antara negara paling aman di dunia.
Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.
12. Finland
Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.
Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.
Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.
13. New Zealand
Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.
Dengan
peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ketenteraan
terhad, hubungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New
Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.
Ia
mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan
tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.
14. Kanada
Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.
Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.
Bandar
yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang
sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang
gemarkan suasana ketenangan.
15. Austria
Terletak di Eropah Tengah, Austria tersenarai sebagai negara paling
aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.
Sejak
pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua,
negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan
tenang.
Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan
resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan
seperti Vienna.
16. Bhutan
GPI 2013 turut menyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.
Ini
berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan
antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6
daripada 5.1.
Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk
mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000
rakyat dan kadar jenayah.
Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.
Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.
17. Australia
Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan
kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau
dan rakyatnya yang peramah.
Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.
Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.
Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.
Negara
ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang
stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang
baik.
Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.
18. Portugal
Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?
Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.
Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.
19. Qatar
Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.
Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.
Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.
Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.
20. Mauritius
Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada
2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi,
pembangunan dan masyarakat.
Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.
Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.
Ia
menjadi satu kebanggaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di
sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu
menggugat keamanan dan keselamatan.
WALAUPUN
NEGARA KITA TIDAK TERSENARAI NAMUN BERSYUKURLAH NEGARA KITA MASIH LAGI
AMAN SEPERTIMANA YANG SERING DIUCAPKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN.
No comments:
Post a Comment