UtusanDaily

Wednesday, 7 May 2014

Suami kemaruk nak ambil gambar Isteri berbogel sampai paksa-paksa..!!


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, mangsa mendakwa didera teruk oleh suaminya di rumah mereka terletak Rawang di sini.

Sumber polis berkata, suami mangsa yang berusia 30-an bertindak ganas selepas wanita terbabit tidak membenarkan suaminya itu merakam gambar dia dalam keadaan bogel.

Menurutnya, suspek pada mulanya meminta isteri menanggalkan pakaian dan berbogel untuk merakamkan adegan itu.

“Mangsa bagaimanapun tidak bersetuju dengan permintaan suaminya menyebabkan lelaki berkenaan mengamuk.

Suspek dilapor memaki hamun mangsa sebelum pasangan itu bertengkar selama hampir 10 minit.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian cuba menanggalkan pakaian isterinya itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Katanya, suspek yang masih gagal menanggalkan pakaian isterinya itu kemudian menumbuk, menyepak dan memukul mangsa berulang kali.

“Ketika itulah mangsa hanya mampu merintih dikasihani namun rayuannya tidak diendahkan suami.

“Malah suami mangsa seolah-olah tidak berpuas apabila turut meludah muka isterinya berulang kali.

Suspek hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat isterinya itu mengalami pendarahan di kepala,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian meninggalkan mangsa dalam kesakitan.

“Mangsa kemudian bergegas ke Balai Polis Rawang untuk membuat laporan polis sebelum dirujukkan ke hospital berhampiran.

“Serangan itu menyebabkan mangsa menerima dua jahitan di kepala selain lebam di seluruh badan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive