SAN JOSE, CALIFORNIA – Samsung telah diarahkan membayar RM390 juta
kepada Apple oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana mencabuli dua
paten telefon pintar milik Apple, lapor Reuters.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Apple menuduh Samsung
mencabul paten ciri-ciri telefon pintar termasuk pencarian universal
sementara Samsung menafikannya.
Semalam, mahkamah membuat keputusan pembuat telefon pintar Korea Selatan itu telah mencabuli dua paten Apple.
Apple dan Samsung telah melalui jalan undang-undang untuk tiga tahun
dan pembuat iPhone itu telah mendapat RM3,038 juta dalam perbicaraan
pada 2012 tapi Apple gagal meyakinkan mahkamah untuk mengeluarkan
perintah injuksi kekal terhadap penjualan telefon Samsung di AS.
Kes terkini ini melibatkan lima paten Apple yang tidak termasuk dalam
perbicaraan 2012 yang meliputi ciri-ciri seperti ‘slide-to-unlock’ dan
teknologi enjin carian.
No comments:
Post a Comment