Seorang
jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata
untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai
17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China.
Namun
begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari
seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan
mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang
sibuk di bandar Wuhan, China.
"Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada," kata Yu.
Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa
menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang
mudah. "Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka
masa yang panjang."
Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan
bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan
bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji
kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu. Yu sendiri
memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja
sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan
gaya hidup yang penuh dengan kemewahan . - Penpicit
..x0x..
No comments:
Post a Comment