Muktahir ini ramai aktis bertudung. Seorang demi seorang telah
berhijrah daripada 'dogol' (tak bertudung) kepada bertudung.
Sebahagiannya mula mengamalkan pakaian menutup aurat apabila pulang
daripada tanah suci Mekah.
Kini ada stesyen tv yang mewajibkan
pelakon untuk menutup aurat dan filem-filem berbentul Islamik telah
nampak diterima masyarakat.
Malah trend kini, peminat lebih suka
artis menutup aurat juga dikatakan pendorong kepada penghijrahan
artis-artis daripada 'dogol' kepada bertudung.
Berita
terbaru artis Wan Nor Azlin tampil dengan kain yang semakin singkat
manakala tudungnya sudah melayang entah ke mana. Perubahan ini bukanlah
nak dikatakan kerana watak lakonan kerana watak terbaru sebagai ibu
tua.
Sebelum ini Hetty Sarleneartis kelahiran Singapore juga membuka tudung
setelah sekian lama bertudung. Apakah untuk menjadi popular dia harus
kembali 'dogol' dan seksi?? Mungkinkah dia mempunyai sebab peribadi lain
yang memaksanya tampil dengan imej menjolok mata?
Tapi sebagai
masyarakat yang prihatin tentang Islam dan perkembangan Islam artis
kembali ke zaman "jahiliyyah"nya tidak boleh dipandang begitu sahaja.
Kita ada sesuatu untuk memastikan artis-artis yang berhijrah ini kekal
dan mengamalkan ajaran Islam.
Peranan NGO yang terbabit dengan
golongan artis harus diambil cakna. Golongan yang baru berhijrah perlu
kepada pendorong supaya mereka kekal sedar dan memahami tujuan mereka
menghayati Islam.
Jika perkara ini dibiarkan tanpa peduli, nanti
seorang demi seorang akan menjadi rosak binasa. Sudahlah kerja mereka
berada ditepi jurang, jika mereka lalai dan seronok dengan mengingkari
Allah, tanda-tanda akhir zaman sudah pasrti lebih terserlah!
TEMPAYAN RETAK
No comments:
Post a Comment