Berita perkahwinan antara penyanyi, Adam dan pelakon, Fiza Elite mengejutkan ramai pihak kerana keduanya tidak pernah dilaporkan saling mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.
 
Ketika dihubungi oleh Media Hiburan Online, Adam mengesahkan yang dia akan bernikah dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu pada Khamis iaitu 26 Oktober ini.
 
"Memang betul saya akan bernikah dengannya pada 26 Oktober ini.  Memang ramai yang terkejut, tapi pada saya setiap orang punya cara tersendiri untuk menyimpan kisah peribadinya.
 
"Bukan saya nak berahsia, tapi saya perlu dapatkan tarikh yang betul barulah saya boleh bercerita," jelas Adam.
 
Ditanya bagaimana dia dan Fiza boleh berkenalan, kongsi Adam;
 
"Sebelum ini kami sudah kenal sebagai rakan artis sahaja.  Bila saya tahu dia sudah bertudung, saya merancang untuk berjumpanya.  Tapi, tidak berkesempatan langsung.  Sehinggalah masuk bulan Ramadan yang lalu, iaitu pada pertengahan Ramadan, kami berjumpa buat kali pertama.
 
"Ketika itu, kami hanya saling berkongsi cerita.  Dan bila kali kedua berjumpa, tidak tahu macam mana saya terus menyatakan hasrat untuk menikahinya.  Alhamdulillah, niat saya itu dipermudahkan Allah dan kami terus merancang untuk berumah tangga."