OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Suatu
yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa
seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium
tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno BN. Tun
bersalah, Tun pengkhinat, Tun hendak jatuhkan Kerajaan Melayu berpakat
dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno BN. Politik
hari ini seolah-olahnya Umno BN Pembangkang dan Tun Masih Perdana
Menteri.
Dedah kebodohan sendiri
Kini
kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk
Abdul Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN yang menyalah Tun
Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan
menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.
Kenyataan
mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman
terhadap Tun M hanya selepas beliau tidak berkuasa dan melepaskan semua
jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno BN sedang berperang dengan
Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka
inilah menjilat dan mencium tangan Tun Mahathir berulang-ulang.
Bersalah kerana mahu Najib undur
Persoalan
saya, kalau pimpinan Umno BN hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun
M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa
hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku
sahajalah kamu semua bodoh dan bacul.
Keberanian
kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian
menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang
berkuasa.
Keberanian
menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi
negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun
tidak salah.
Proton
bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia.
Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun.
Buat
Najib dan pemimpin Umno BN, berhentilah memperbodoh dan menakutkan
rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah
pemimpin yang berkuasa.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR ialah Ahli Parlimen Pokok Sena
No comments:
Post a Comment